Search

Aku melihat tajuk buku yang dapat 4 bintang tu dan...

  • Share this:

Aku melihat tajuk buku yang dapat 4 bintang tu dan tengok koleksi buku atas meja kopi Kak Rose. Ada pun buku ni... Aku ambil dan aku belek.
Gerobok.
Apa?
Hantu dalam almari ke apa?
Tak logik betul.
Tengok tajuk pun tahu tak logik.
Aku baring atas sofa dan aku selak buku tu. Ah... Aku baca sebab aku boring aje. Aku bukan boleh tulis waktu siang terang-benderang macam sekarang.
Aku mula selak.
Sehelai demi sehelai...

Sewa yang agak murah, aku ambil aje tawaran itu. Dengan syarat, gerobok usang dalam bilik tidur tu... Tak boleh dibuang dan diubah tempat. Aku tak pelik dengan syarat tu... Mungkin sebab gerobok itu punya sentimental value. Dan... Kalau diubah mungkin akan rosak.
Ah, pedulilah...
Asalkan sewanya murah.
Aku terima aje.
Dan... Manalah aku tahu, ada harga sebaliknya.
Yalah, bila fikirkan balik mana ada benda yang akan datang percuma atau pun... Murah!

Hmmm...
Boleh tahan.
Tak adalah seram pun.
Aku selak lagi...

Hari yang letih. Aku cuma nak balik dan tidur. Itu aje yang aku fikirkan sepanjang hari. Itu aje pun sebab aku perlukan rumah.
Tapi...
Sebaik aje aku baring...
Pintu gerobok itu terbuka sendiri.
Eeeiiikkk....
Aku tak ambil peduli.
Mungkin skrunya longgar.
Yalah, gerobok usang...
Aku pejam mata.
Dan sekali lagi...
Eeeeiiiikkkk...
Bunyi itu lebih nyaring.
Aku bangun dan tutup pintu gerobok itu.
Aku baring semula.
Dan...
Bunyi lagi
Pintu itu terbuka lagi.

Baru aku nak selak muka surat sebelah...
Tiba-tiba...
Aku terdengar ada benda berbunyi kat dalam bilik tidur Kak Rose. Aku bangun dan aku intai sebalik pintu. Tak ada bunyi apa-apa pun. Baru aku nak blah... Pintu almari baju tu terkuak sendiri dan ada sesuatu tercampak keluar.
Mak!!!

#JODOHTERSALAHALAMAT


Tags:

About author
Apa yang di dalam page ini, merupakan hal-hal berkaitan dengan Syamnuriezmil. Page ini diadmin oleh penulis sendiri. Tidak boleh dishare apa saja link ke belog saya kecuali dengan izin.
Bukan penulis sepenuh masa tapi aku mahu menulis sehebat Shakespeare, sejiwang Jane Austen dan sesem
View all posts